Sedar x sedar, dah seminggu berlalu rupenye...sejak sem baru ni bukak. Tapi kan, rasa macam x penah cuti! Wah,pelik sungguh! Ade beberapa benda yg agak menyeronokkan dlm sem ni, antaranya:
Salam~ Akhirnya, kembali jugak ke bumi Tronoh yg (agak) dicintai ini...hua3...Alamak, dah ujan kat sini! Dah le kelajuan jalur lebar Celcom yg aku sewa beli ni dah kena sekat, akibat terlebih muat turun drama2 Jepun feveretku...salah sendiri jugak..Hari ni, bermulalah hidup aku sebagai pelajar Tahun Pertama Kejuruteraan Kimia UTP.Tak ade beza sangat dengan yg dulu, cuma tempat je lain.. semua datang awal! Maklumlah, kelas pertama~sampai tak cukup tempat duduk!Kelas pertama-Kimia Organik.Pensyarah bukan orang tempatan, seorang lelaki yg namanya Prof. Piven. Nampak baik aje..lega!Tetapi beliau akan mengadakan Ujian 0(Kosong) untuk menguji pengetahuan anak-anak muridnya yg baru inipada esok hari, pukul 9 pagi..Lepas itu, tempat yg sama(jimat tenaga), Kimia Fizikal..pensyarah seorang wanita Melayu, Puan Shima. Alhamdulillah, mereka nampak ok..InsyaAllah semua akan berada dalam keadaan baik..Buat pertama kali jugak, makan tengah hari kat kafe Poket D.Murah! Nasi+Lauk+Ais kosong=RM 1.30! Haha...rahsianya? Lauk hari ini: sepotong nenas dari gulai pajeri nenas dan ikan bilis goreng tambah tempe. Entah, yg itu aje yg lalu nak makan.Yg lain tak membuka selera sangat.Selepas itu, menuju ke Bangunan 4. Ingat nak daftar untuk makmal Kimia, tapi 'orang itu' tiada di pejabatnya..Tunggu punya tunggu, barulah tahu, dia cuti...Arrgh, nak dekat sejam (hampir) semua budak jurusan aku terpacak di situ. Tak apalah...dugaan hari pertama...Harapnye esok lebih baik dari hari ini..Amin..

credit to Muaz, ni dari fb die..