Sunday, August 8, 2010
by mio
Hujung Minggu Ini..
Salam!
Lama pulak tak update. Hihihi..agak sibuk sikit minggu ni, walaupun baru minggu kedua kat sini. Lab tak mula lagi..tengoklah macam mana bila dah mula nanti. Agaknya nak tengok laptop pun payah.
Jumaat hari tu, balik rumah sebab ada hal sikit. Hari ni, balik sini..Tapi agak geram la hari ni..Begini kisahnya...
Tadi, disebabkan terlambat sampai kat KL Sentral, tak berani nak naik Komuter ke Stesen Keretapi Lama KL. Kena naik bas kat sana, nak balik sini. So, cari la kaunter teksi. Dari jauh, nampak ada dua kaunter teksi. Satu tu penuh gile dengan orang. Sebab nak cepat, pegi la kat kaunter yang kosong tu.
Abang kaunter: Ye adik, nak pegi mana?
Saya: Stesen KTM Lama.
Abang kaunter: doploh inggit ye.
Saya: *bapak mahal!!!!~tapi still hulur aje duit*
Abang kaunter: Teksi kat sebelah kiri tu ye.
Saya: Terima kasih...*nada kurang ikhlas*
Bila nak keluar barisan tu, baru la perasan...itu kaunter
teksi premier rupanya! Alahai..teksi biasa tu dorang panggil teksi bajet, atau dalam English, budget taxi. Nak buat macam mana, naik aje la...dah ambik tiket pun..Nasib baik pak cik bawak teksi tu baik.
Tempat duduk pemandu dengan penumpang tu jauh sangat. Rasa macam naik ambulans pun ada. Hehe. Turun teksi tu gaya ganas, lompat macam katak! Hehehe~sori la pak cik, saya nak cepat!
Nasib baik bas tak sampai lagi.Termenung la sekejap kat situ sambil menghadap pejabat KTM. Sambil tu, terfikir la..macam-macam boleh buat dengan doploh ingget tuu:
1-Beli screen protector untuk phone
2-Makan 2 hari
3-Beli air
4-Top-up sebulan
.....
Nak buat macam mana...dah masuk income syarikat teksi tu pun..=_=''
p/s: Sila berhati-hati. Jangan tersilap! :O