Oh yeah. Hari ni hari Ahad! Maka esok hari Isnin. Selesai sudah Gang of Peers 2011, yang dibuat kat MMU Cyberjaya semalam. Tak sia-sia tak tido malam tu sebab takut tak sedar pukul 4 pagi. Best sangat! Semua orang macam enjoy aje, termasuklah aku sendiri.
Sempat jugak jumpa dengan Cik Syud, yang maintain kecik sampai tak nampak di sebalik tiang. Hehe. Tenkiu sebab sudi berlari-lari dari hostel ke fakulti sebab nak jumpa aku. Nanti kita pergi Seoul Garden lagi ye. Haha
Disebabkan dah dekat sangat Putrajaya dengan Cyberjaya tu, tambahan pulak dorang pun nak pusing-pusing Alamanda, aku pun bercadang nak balik. Lepas lepak-lepak dengan budak-budak peers ni, dorang pun dah nak balik, so aku pun memesong arah, mula nak mencari kelibat abah dan mak yang dah sampai kat Alamanda tu, sebab nak ambik aku.
Entah kenapa la aku tetibe rasa jiwang la pulak malam tu kan, atau sebab aku dah sebulan tak balik, aku pun terpikir la something.
Masa aku cari-cari mak abah, aku nampak dorang kat bawah (masa tu aku kat tingkat atas), tengah tengok-tengok katil. Tetiba aku terpikir, macam mana la agaknya kalau aku ni bukannya anak mak abah aku. Aduh, tak terbayang la hidup ni jadi macam mana. Rasa nak menangis aje. Terus aku lari-lari pergi kat diorang.
Lepas tu, pergi makan kat Food Court Presint 9, sebab kat Alamanda tu mahal gila dan boleh bankrap kalau makan selalu kat situ. Macam biasa, kalau aku ade kat rumah dan kami semua keluar makan, aku ditugaskan order air. Adik aku dah jeles sebab aku selalu dapat ambik duit lebih bila aku tolong beli air. Dan sekali lagi, aku dapat lagi ambik duit lebih malam tu. Heh.
Pagi tadi, ingat nak tido lama-lama lagi, pastu mak masuk bilik. Mak cakap, "Mimi, bangun la...kejap lagi dah nak balik.." Terus aku melompat turun dari katil. Sedih pulak la dengar mak cakap gitu. Abah dah keluar pergi pasar, mesti nak beli benda-benda nak masak untuk aku. Mak kata nak buat mi kari, aku pun dengan gembiranya menyebut, "Yessss!" Dah lama aku tak makan mi kari!
Bila abah balik, mak pun tengok la barang-barang yang ada dalam plastik tu. Mak pun cakap,"Eh, mana mi?" Rupanya abah terlupa beli mi. Terus abah keluar balik, pergi beli mi. Adoi, sebab aku teringin nak makan sangat ke? Huhu..aku tak kisah pun sebenarnya, kalau makan nasi lauk telur goreng dengan kicap hari-hari pun tak apa, asalkan diorang yang masakkan.
Pastu, mak kena pergi kenduri, kawan mak ajak. Mak kata takut tak sempat balik, aku dah kena naik bas, so salam la mak. Sedih pulak aku rasa. Masa salam tu, rasa macam tak nak bagi mak pergi aje. Tacing pulak la aku masa tu kan.
Mi kari tu pun siap, hasil kerja keras abah. Untuk makluman, abah aku ni pandai gila masak, walaupun anak perempuan dia ni tak tahu pun masak-masak ni. Heee. Aku makan banyak la jugak, tapi tak berani over the limit, kang perut buat hal dalam bas, naya pulak!
Jam pun dah nak dekat pukul tiga masa tu, maka aku mula la buat benda yang paling aku tak suka dalam dunia selepas mengira tahap ekstrem seperti dalam Differentiation dan Integration, iaitu mengemas barang nak balik sini. Abah entah berapa kali ingatkan aku bawak barang-barang, sebab hobi aku memang suka tinggal barang merata tempat.
Abah pun hantar aku kat tempat naik bas naik motor. Abah tanya, nak duit tak? Aku cakap duit dah masuk, so tak apa. Kalau boleh, aku tak nak la susahkan abah dah. Scholar pun dah ade, tapi kalau masa-masa genting tu, terpaksa la aku mintak jugak. Seperti biasa, bila sampai kat stesen bas, aku lupa nak tanggalkan topi keledar. Abah sengih aje. Nasib tak sampai ke Tronoh aku bawak topi tu. Masa abah nak balik tu, sedih pulak aku rase. Ceh, tacing lagi aku. Sabarlah hati..adoi la..
Dalam bas tu, aku 'ter'menangis pulak. Malas gila aku rasa nak balik sini. Nasibla masa tu tak ramai lagi orang kat dalam bas tu. Entah la, tahun ni aku rasa homesick gila. Kalau nak balik sini je, mesti aku tacing lebih-lebih. Padahal dah 8 tahun aku stay Perak ni, tapi tahun ni aku rasa paling teruk. Adoi..kenapa la Perak ni suka sangat dengan aku, sampai nak suruh aku duduk sini sampai 10 tahun? Tak kira...intern dengan kerja, aku nak apply dekat dengan rumah aje! Letih dah aku duduk di perantauan begini.
Apa-apa hal pun, at least aku rasa okey la sikit bila dah balik rumah. Hilang sikit serabut bila menghadap muka family. Pelik jugak aku bila adik aku tiba-tiba panggil Mimi. Dah lama dia tak panggil aku camtu. Ngehehe. Sabarlah, lagi dua minggu aku dapat balik lagi. Yeah!
yang merah tu sepupu aku , bukan adik baru.harap maklum ye
Cerita ekstra : Tadi, naik bas tu, buat pertama kalinya aku duduk belakang sekali. Memang melompat-lompat la bila bas tu terjun lubang. Pastu, ada satu kerusi yang terkedepan sikit dengan kerusi aku. Rapat jugak la. Masa kat Pudu tu, ada la seorang bro beg merah duduk kat kerusi tu. Kira nasib baik la kan kerusi tu bukan betul-betul sebelah aku, sebab kalau tak, mesti aku kena duduk sebelah dia. Tido pun tak best, asyik bergoyang-goyang kepala aku. Nasib tak terhantuk kepala aje dengan bro tu. Kaki dah terlanggar-langgar. Aku rasa ada sekali dia pijak kaki aku masa aku tido. Nasib tak sakit. Kesian jugak la aku tengok bro tu tahan sejuk, badan dia nampak sekeping aje. Tapi nak buat macam mana, aku ada satu je cardigan. Sorry bro...lain kali, kalau sejuk, tak payah pasang air-cond, macam apa yang aku buat. Haha.
Buat pertama kali jugak, aku sorang je turun kat UTP. Tiba-tiba rasa kembang hidung jadi budak UTP. Hahaha!