Sunday, May 30, 2010 by mio
Tronoh-Putrajaya-Kuala Terengganu

Salam~HAHAHA(gelak besar), akhirnya sampai jugak kat rumah..lega sangat! Exam pun dah habis, tinggal doa+tunggu result je la sekarang ni. Huhu. Masa hari Khamis lepas, abah datang ambik. Barang memamg banyak gila, lagi2 Zaim x ikut skali. banyak la space nak letak barang. Sampai mak kata, "Lain kali kena bawak lori ni." Semua angkut bawak balik. Sampai rumah tu, ingat nak tido sekejap, tapi last2 x tido pun, dok baca komik la, masak maggi la, makan la, macam2..

That night, berkumpul kat pejabat abah...We're going to Terengganu! weeee~Ada Family Day kat sana..fufufu~dalam bas tu memang sejuk, nasibla dah siap2 pakai baju sejuk..Memang lama la baru sampai sana..naik bas pun dah rasa macam naik kapal laut. Jalan dia beralun sangat! Kesian bas+orang kat dalam bas, terenjut-enjut. Nak tido pun tak sedap. Akhirnya...pukul 6.56 pagi....

samapi jugak kat perkarangan Masjid Tengku Tengah Zaharah dan Taman Rekreasi Kuala Ibai...teringat pulak time pergi ramai2 kat sini masa f5 dulu..tapi..tandas awam dia sangat la mahal! 50 sen! Sangat tidak boleh diterima! Kenapa mahal sangat???

ni la tandas yg mahal tu..

Sempat jugak ambik gambar kat depan masjid..hehe


Lepas breakfast nasi dagang, terus ke tempat penginapan, iaitu Saudagar Beach Resort. Oh, lupa pulak, masa lepas makan tu, ternampak kucing yg khusyuk minum air. Tapi dia still posing lagi bila orang nak tangkap gambar dia.


"Potong stim aku sungguh manusia ini!"kata kucing itu.

Okey, habis cerita kucing. Cerita pasal tempat pulak.





Sekali tengok pun dah macam asrama aje..hehe..kami sekeluarga dapat bilik no 13. Abah kata, kalau dalam cerita, bilik ni yg paling banyak hantu. Tapi tu kat Amerika aje la kan?

Inilah pintu bilik kami..hehehe

Sampai aje, abah dengan Zaim terus terjun laut. Lama x jumpa laut la tu. Kat rumah bukannya ada laut pun. Setakat tasik ade la. Masa tu, sempat la usya2 kawasan sekitar. Dan ternampak satu benda yg agak interesting. Hehe.

Pak cik rumah tu gantung bendera PAS ngan bendera Jepun..tak dapat tangkap apa motifnya~

Petang tu, aktiviti turun ke laut..tapi oramg laki je ramai turun. Kaum hawa x berani, termasukla saya sendiri. Haha. Setakat tengok dari tepi aje.

Pelepasan bot abah

Ada dua orang budak kecik yg nakal. Diorang ni hyperactive betul la, tapi sangat comel. Haha.


Ini si abang..

Ini abang dan adik. Excited tengok bot 'buang air'. Hehe.

Petang tu, sape yg tinggal kat resort tu lepak kat pantai aje la..Ni aksi salah seorang peserta:

Dia makan kuih...

..main kamera abah..

..melompat sorang2 kat tepi pantai..

Malam tu ada barbeku, tapi dah x larat nak makan.

Esoknya, bangun awal...dan dapat tengok matahari terbit!


Subhanallah...bukan senang nak tangok ni.Dan ada hikmahnya bangun awal, sebab dapat mandi awal..lepas tu, x ada air! Memamg nasib la sape yg x sempat mandi tu..Lepas breakfast+cabutan bertuah, bertolak ke Pasar Payang. Then, Losong. Next, Taman Tamadun Islam. Yang ada Masjid Kristal tu. After that, berenti makan.

Sempat snap gambar. Tapi nampak pendek pulak. [-_-"] Laut tu cantik kan?

Selesai makan, singgah kat Pusat Santuari Penyu, tapi dia dah tutup..So, masuk tengok galeri aje la..

Group photo..


Kat depan tulang ikan paus

Kemudian, terus bertolak balik Putrajaya, dalam pukul 5..Sampai pukul 1 pagi..Kecewa jugak tak dapat tengok penyu live, so seludup la satu, bawak balik rumah..:)


Post kali ni sangat panjang~yosh, gonna enjoy my holiday! :D

 
Wednesday, May 26, 2010 by mio
Petang & Malam

Pandang kiri. Semua orang menulis. Pandang kanan. Huh, semua orang kat belah sini pun menulis jugak! Bosan! Senyap sunyi. Aku je yang berbunyi, tapi orang lain buat tak tahu. Diorang tak dengar agaknya. Pandang lagi. Ah, pandang depan je la. Tiba2, ketua pengawas tu pandang muka aku. Aku wat tak tahu. Wat muka selamba. "You have two minutes more. " Dia cakap. Semua orang macam dah rileks. Dah siap agaknya. Aku tengok orang lain lagi. Ada yang dah kemas barang. Tiba2 lagi, ketua pengawas tu ketuk kepala aku. Weh, sakit la! "Put down your pen! Time's up! " Dia cakap lagi. Adoi, sakit tau tak! Pengawas2 @ pensyarah2 mula mengutip kertas. Semua muka lega. Lega sebab dah habis kot. Hehe. Dewan dah mula bising masa pengawas2 dok mengira kertas. Adoi...cepat la, nak keluar ni! Akhirnya...."Okay students, you may leave the hall now." Semua orang muka gembira. Semua meluru keluar. Pensyarah pun keluar. Tapi aku je yang tertinggal kat situ. Aku tak boleh bergerak! Kenapa? Kenapa ni? Korang! Tunggu aku! Kenapa semua orang buat badak je ni?














Heh, lupa pulak la...aku ni kan jam lollipop besar kat depan dewan tu, mana boleh bergerak kalau orang tak angkat aku. Hehe. sori ye...:P


Idea datang masa buat Organic Chemistry tadi. HAAAA~Habis jugak paper...esok balik! Yeay! Sempat kira tadi, dalam kertas jawapan tu, ada 50 benzene ring yang dilukis..banyak jugak ye! Entah betul atau salah, pensyarah aje la yang tau. Kertas tu takkan dapat balik pun.

Baru aje lepas makan, lepas balik dari pasar malam tadi. Semua benda nampak sedap. Nampak sangat kebuluran tahap maksima. Nasib baik nafsu makan tak kuat, kalau tak habis semua makanan aku borong.

Balik2, tengok Pipah dah update belognya. Haha. Gelak besar masa baca tu. Nampaknya kita ni dah tertukar angin ni. Sekarang ni, aku pulak dok gila K-Pop. Hehehe. Kes kali ini, yang jadi mangsa: TVXQ/DBSK@ apape la lagi, banyak nama samaran dorang ni.

Dah lama sebenarnya dengar nama diorang ni.. tak silap, masa 2003 lagi. Tapi masa tu x de minat2 lagi. Dengar lagu pun gitu2 aje. Then, satu hari, terdengar lagu 'Forever Love'(lagu lama dorang nih, aku je baru dengar). Lagu tu sangat sedih. Tak paham pun mula2, tapi sedih dengar dia punya tune tu.

Then, tertengok pulak Banjun Drama dorang. Lawak gila. Sakit perut aku gelak. Masa ni aku geram sebab NEWS x ada berlakon sama2. Lepas tu la, baru semangat mencari-cari. Dorang ni sangat2 successful, kat Korea pun famous, Jepun pun sama. Sebenarnya, aku suka dengar Jaejoong cakap Jepun. Hehehe. Kantoi di situ! :)

Tapi sayang, sebab kes saman-menyaman, mereka ni tak aktif as a group sekarang. Semua solo aje. Jae pun kat Jepun, dok berlakon. Huhu..

Panjang bercerita, baru sampai kat main point. Semalam, one of my friend tunjuk video Konsert Final AF8. Terkejut sangat bila tengok. Ni ke Malaysia? Dorang punya tarian sebijik macam orang yang tengah perform ritual, such as penyembahan. Scary. Dengan robes merah berhud (ala2 Harry Potter tu), memang menyeramkan. Kita ni nama je negara Islam kan? Tapi tak praktikkan pun. Adoi. Semester ni, baca macam2 dalam newspaper. Ada artis yang bangga berlakon jadi pelacur. Ntah ape2. Baju pun tak cukup kain, padahal buat bisnes jual kain. Ape la.

I'm wondering, ape la akan jadi kat Malaysia ni nanti kan? Sampai rasa insecure nak duduk negara sendiri(untuk keterangan lanjut, sila baca Versus from Hlovate~tolong promote nih). Urm...ape la..Aaah, komen lebih2 pun, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

*Conclusion: Minat tu, minat jugak. Jangan lebih-lebih dah la~ Hopefully takkan terlalai...Amin..(muhasabah diri sendiri)*

Apakah isi post ni? si pengarang pun tak sure. Just nak menulis aje.Hahahahaha=D
Holiday is coming, so happy holiday to myself~~~esok balik! Yesssss! (padahal barang satu hapa pun tak kemas lagi..)


Pipah, amik la si Kame(nashi Kazuya) tu. Aku dah ada Yamapi...eh, tambah lagi. my Hero, Jae~weeee:D

 
Saturday, May 22, 2010 by mio
Hari yang...Mengantuk? (-_-;)

Salam...Sungguh tidak produktif hari ini..Sekadar menghadap dua benda ni...






...dan selepas tu, tidak sedarkan diri...

(O.O;)

...uhh..ape nak jadi...banyak lagi yg nak kena baca ni...

 
Thursday, May 20, 2010 by mio
One More++++(^.^)ヾ(^^ )

Salam. Hari ini sangat sengal. Sebab semalam tidur lambat, pagi ni kepala pusing. Tapi kena juga habiskan belajar sebab petang dah periksa. Soalan begitu dahsyat, tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Tawakal sahaja yang mampu dilakukan. Balik pun lambat sebab hujan lebat. Basah kuyup sebab redah. Kepala makin pusing. Berat. Semua ada. Tapi...ada satu berita gembira....

ONE MORE PAPER TO GO!! ( ^^)∠※ PAN!!

MOREOVER, IT'S ON THE NEXT WEDNESDAY!
(;>ω<)/

ERRRKK!!.......( ̄□ ̄;)!! STUDY LA WEH...

Adoi. Serius, sakit kepala ni......(;¬_¬)

*Minta maaf di atas kesengalan entri kali ini. Sah kepala tak betul. Penangan peperiksaan+hujan lebat tadi*

 
Tuesday, May 18, 2010 by mio
:)

Salam....:)
Today's a make up for yesterday~:)
Semalam mulut smiley ni murung aje...hari ni, die dah senyum! :)
Dah berlalu hari2 yg 'perit gile'...ade dua je lagi! :)
Lepas tu....Putrajaya! Here I come!:)
Muahaha~:)
Cepat le cuti...:)
****Super Gembira Punye Mode****
OOOHHHH~Malam ni kene start balik study~~:)
Wish me luck! :)

 
Monday, May 17, 2010 by mio
:(

:(

 
Sunday, May 16, 2010 by mio
Gaya Bebas: Selamat Hari Guru! :)

Salam...Hari ni 'ter'bangun awal pulak..sebab semalam tido awal. Duh. Bukan suka2, tapi kepala sakit, gara2 asyik kena ujan je..Allah, mintak2 tak demam laa, final esok! X( Kejap je dah sampai final. Rasa macam semalam je baru masuk sini. Heehee~

Hari ni 16 Mei, yg jugak merupakan Hari Guru. betul kan? Jap, nak Google dulu, takut silap.....(meng'Google')......okeh, betul la tu..bukan ape, takut tarikh die tukar sebab hari ni hari Ahad..:)

Tahun ni, dah tahun ke-2 dah keluar sekolah..Maknanye, dah 2 tahun gak x sambut hari guru secara rasminye..Meaning, kat sekolah dulu kan ade la wat sambutan besar gile2..orang jual bunge la, kad le, coklat le, dan macam2 lagi..Pagi hari guru tu, penuh la bilik guru dengan budak2 yg menyerbu cikgu2 untuk nak wish 'Selamat Hari Guru' dan bagi macam2..cikgu2 pun bahagia melihat muka pelajarnye yg berseri-seri. Lepas tu, meja cikgu2 penuh dengan segala macam hadiah + kad, dari yg paling kecik sampai le sebesar meja pun ade gak.Hehe...

Tapi kat sini, dah x ada ler sambutan macam dulu..Adoi, rindu la pulak~[-_-"] Rindu saat2 wat kad sama2 dengan kawan2, sign kad, bagi kad tu kat cikgu...[T_T]...(emo kejap)...Senang kata, rindu nak balik sekolah! Betul la dulu..ramai cikgu yg cakap,

"Bila kamu dah masuk universiti nanti, mesti kamu dok teringat aje masa kamu kat sekolah."

Dah melalut jauh ni...sori2...niat nak wish hari guru, tapi melalut aje :P

Kepada semua guru dan bekas guru di sekolah2 berikut:

~Tabika Kemas Batu 4,Gombak
~Tadika Amal, Batu 6, Gombak
~SK Gombak 2, Gombak
~SK Pandan Indah, Pandan Indah
~SMK Pandan Indah, Pandan Indah
~SBP Integrasi Gopeng, Perak
dan semua guru yg berada di seluruh Malaya ni(termasuk mak sedareku yg dua orang tu dan tak dilupakan, Uncle Nick'z~hehehe)

Terima kasih atas tunjuk ajar anda semua. Tanpa anda semua, si penulis ni takkan berada di sini...Terima kasih banyak2..Jasa anda semua takkan mampu dibalas oleh sesiapa pun, kecuali Allah SWT..Teruskan usaha murni anda mendidik anak bangsa! :)

rasa macam bagi ucapan ape je..haha XD

Okey, nak pegi study...doakan ye! Esok dah start final examination!


 
Thursday, May 13, 2010 by mio
Japan & Korea, Wait for Us!!

Salam
Just a wild imagination,though~
Don't take it seriously...ok? Promise me:)
I'm a person who is easily getting bored doing the same thing again & again..
So...is it suitable for me to work as a tour guide?? :X
Wahhhh~~~~dah tensen tengok buku nih....[x_X]


MESEJ UNTUK SOTONG DI TERENGGANU~wait for me...HEHE

Arrrgggghhhh~satu lagi bende tensen...bile la nak cukup duit? Payahnye nak saving!! -_-"

 
Sunday, May 2, 2010 by mio
MASTERPOST

Salam. just to inform that FINAL IS COMING AND IT IS VERY VERY CLOSE...hopefully dapat study dengan elok..maybe xkan mengomel di sini until bln Jun nnti..Pray for me! :)
*Untuk orang yg dh abis tu, enjoy your holiday ye~*