Pandang kiri. Semua orang menulis. Pandang kanan. Huh, semua orang kat belah sini pun menulis jugak! Bosan! Senyap sunyi. Aku je yang berbunyi, tapi orang lain buat tak tahu. Diorang tak dengar agaknya. Pandang lagi. Ah, pandang depan je la. Tiba2, ketua pengawas tu pandang muka aku. Aku wat tak tahu. Wat muka selamba. "You have two minutes more. " Dia cakap. Semua orang macam dah rileks. Dah siap agaknya. Aku tengok orang lain lagi. Ada yang dah kemas barang. Tiba2 lagi, ketua pengawas tu ketuk kepala aku. Weh, sakit la! "Put down your pen! Time's up! " Dia cakap lagi. Adoi, sakit tau tak! Pengawas2 @ pensyarah2 mula mengutip kertas. Semua muka lega. Lega sebab dah habis kot. Hehe. Dewan dah mula bising masa pengawas2 dok mengira kertas. Adoi...cepat la, nak keluar ni! Akhirnya...."Okay students, you may leave the hall now." Semua orang muka gembira. Semua meluru keluar. Pensyarah pun keluar. Tapi aku je yang tertinggal kat situ. Aku tak boleh bergerak! Kenapa? Kenapa ni? Korang! Tunggu aku! Kenapa semua orang buat badak je ni?
Idea datang masa buat Organic Chemistry tadi. HAAAA~Habis jugak paper...esok balik! Yeay! Sempat kira tadi, dalam kertas jawapan tu, ada 50 benzene ring yang dilukis..banyak jugak ye! Entah betul atau salah, pensyarah aje la yang tau. Kertas tu takkan dapat balik pun.
Baru aje lepas makan, lepas balik dari pasar malam tadi. Semua benda nampak sedap. Nampak sangat kebuluran tahap maksima. Nasib baik nafsu makan tak kuat, kalau tak habis semua makanan aku borong.
Balik2, tengok Pipah dah update belognya. Haha. Gelak besar masa baca tu. Nampaknya kita ni dah tertukar angin ni. Sekarang ni, aku pulak dok gila K-Pop. Hehehe. Kes kali ini, yang jadi mangsa: TVXQ/DBSK@ apape la lagi, banyak nama samaran dorang ni.
Dah lama sebenarnya dengar nama diorang ni.. tak silap, masa 2003 lagi. Tapi masa tu x de minat2 lagi. Dengar lagu pun gitu2 aje. Then, satu hari, terdengar lagu 'Forever Love'(lagu lama dorang nih, aku je baru dengar). Lagu tu sangat sedih. Tak paham pun mula2, tapi sedih dengar dia punya tune tu.
Then, tertengok pulak Banjun Drama dorang. Lawak gila. Sakit perut aku gelak. Masa ni aku geram sebab NEWS x ada berlakon sama2. Lepas tu la, baru semangat mencari-cari. Dorang ni sangat2 successful, kat Korea pun famous, Jepun pun sama. Sebenarnya, aku suka dengar Jaejoong cakap Jepun. Hehehe. Kantoi di situ! :)
Tapi sayang, sebab kes saman-menyaman, mereka ni tak aktif as a group sekarang. Semua solo aje. Jae pun kat Jepun, dok berlakon. Huhu..
Panjang bercerita, baru sampai kat main point. Semalam, one of my friend tunjuk video Konsert Final AF8. Terkejut sangat bila tengok. Ni ke Malaysia? Dorang punya tarian sebijik macam orang yang tengah perform ritual, such as penyembahan. Scary. Dengan robes merah berhud (ala2 Harry Potter tu), memang menyeramkan. Kita ni nama je negara Islam kan? Tapi tak praktikkan pun. Adoi. Semester ni, baca macam2 dalam newspaper. Ada artis yang bangga berlakon jadi pelacur. Ntah ape2. Baju pun tak cukup kain, padahal buat bisnes jual kain. Ape la.
I'm wondering, ape la akan jadi kat Malaysia ni nanti kan? Sampai rasa insecure nak duduk negara sendiri(untuk keterangan lanjut, sila baca Versus from Hlovate~tolong promote nih). Urm...ape la..Aaah, komen lebih2 pun, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
*Conclusion: Minat tu, minat jugak. Jangan lebih-lebih dah la~ Hopefully takkan terlalai...Amin..(muhasabah diri sendiri)*
Apakah isi post ni? si pengarang pun tak sure. Just nak menulis aje.Hahahahaha=D
Holiday is coming, so happy holiday to myself~~~esok balik! Yesssss! (padahal barang satu hapa pun tak kemas lagi..)
Pipah, amik la si Kame(nashi Kazuya) tu. Aku dah ada Yamapi...eh, tambah lagi. my Hero, Jae~weeee:D