Sunday, May 16, 2010 by mio
Gaya Bebas: Selamat Hari Guru! :)

Salam...Hari ni 'ter'bangun awal pulak..sebab semalam tido awal. Duh. Bukan suka2, tapi kepala sakit, gara2 asyik kena ujan je..Allah, mintak2 tak demam laa, final esok! X( Kejap je dah sampai final. Rasa macam semalam je baru masuk sini. Heehee~

Hari ni 16 Mei, yg jugak merupakan Hari Guru. betul kan? Jap, nak Google dulu, takut silap.....(meng'Google')......okeh, betul la tu..bukan ape, takut tarikh die tukar sebab hari ni hari Ahad..:)

Tahun ni, dah tahun ke-2 dah keluar sekolah..Maknanye, dah 2 tahun gak x sambut hari guru secara rasminye..Meaning, kat sekolah dulu kan ade la wat sambutan besar gile2..orang jual bunge la, kad le, coklat le, dan macam2 lagi..Pagi hari guru tu, penuh la bilik guru dengan budak2 yg menyerbu cikgu2 untuk nak wish 'Selamat Hari Guru' dan bagi macam2..cikgu2 pun bahagia melihat muka pelajarnye yg berseri-seri. Lepas tu, meja cikgu2 penuh dengan segala macam hadiah + kad, dari yg paling kecik sampai le sebesar meja pun ade gak.Hehe...

Tapi kat sini, dah x ada ler sambutan macam dulu..Adoi, rindu la pulak~[-_-"] Rindu saat2 wat kad sama2 dengan kawan2, sign kad, bagi kad tu kat cikgu...[T_T]...(emo kejap)...Senang kata, rindu nak balik sekolah! Betul la dulu..ramai cikgu yg cakap,

"Bila kamu dah masuk universiti nanti, mesti kamu dok teringat aje masa kamu kat sekolah."

Dah melalut jauh ni...sori2...niat nak wish hari guru, tapi melalut aje :P

Kepada semua guru dan bekas guru di sekolah2 berikut:

~Tabika Kemas Batu 4,Gombak
~Tadika Amal, Batu 6, Gombak
~SK Gombak 2, Gombak
~SK Pandan Indah, Pandan Indah
~SMK Pandan Indah, Pandan Indah
~SBP Integrasi Gopeng, Perak
dan semua guru yg berada di seluruh Malaya ni(termasuk mak sedareku yg dua orang tu dan tak dilupakan, Uncle Nick'z~hehehe)

Terima kasih atas tunjuk ajar anda semua. Tanpa anda semua, si penulis ni takkan berada di sini...Terima kasih banyak2..Jasa anda semua takkan mampu dibalas oleh sesiapa pun, kecuali Allah SWT..Teruskan usaha murni anda mendidik anak bangsa! :)

rasa macam bagi ucapan ape je..haha XD

Okey, nak pegi study...doakan ye! Esok dah start final examination!


 

Comments

No Responses

Leave a Reply