..merupakan bulan Jun. Haha. Sape yang tak tahu tu maknanye tak baca surat khabar. Dah lama rupanya tak update langsung. Masa tu salah satu sebab, tapi malas tu ada percentage yang lagi banyak rasanya. Heee..
Bukan ada benda menarik pun nak cerita. Yelah, aktiviti hari-hari pun ape je, bangun tido, solat Subuh, pergi kelas, makan, balik kelas, menghadap laptop, pergi meeting, tengok cerita, tido. Cycle yang sangat la boring. Sekarang ni pun cuti dah tak banyak, kerjanya dok kat universiti yang terchenta ni la. Humm...
Pejam celik pejam celik, dah second year rupanya aku kat sini. Dah tua! Haha. Boleh la nak eksyen sikit dengan budak foundation. Kekeke. Ini pun dah semester dua, maknanya kalau habis semester ni, tinggal dua tahun je lagi. Pastu graduate. Pastu keje. Pastu...*faham-faham aje la ye*
Dah 20 tahun jugak hidup. Kejap aje rasanya. Baru-baru ni, aku pergi SBPI Gopeng, ada aktiviti. Dapat la melawat sekolah lama tu, sambil buat aktiviti. Sebenarnya, memang aku rindu gila zaman sekolah.
Macam baru semalam tinggalkan rumah semata-mata nak masuk asrama. Macam semalam aje dok tido dalam kelas masa prep malam. Macam semalam aje dapat result PMR. Macam semalam aje makan-makan dalam kelas masa prep. Macam semalam aje menangis-nangis study untuk SPM. Dam macam semalam jugak, pijak tanah Gopeng tu buat kali terakhir as an official student of SBPI Gopeng.
Budak-budak yang senasib dengan aku, yang jadi teman buat macam-macam kat sekolah dulu, dah ada kat merata dunia. Jauh korang merantau, aku je yang terperuk kat tanah Malaya ni. Huhu. Sedih tu ade, tapi redha aje la. Rezeki masing-masing. Bangga jugak aku tengok kawan-kawan kat oversea. At least ade la jugak wakil Gopeng kat mana-mana. Hehe.
Tapi, walaupun sekarang ni result tak mencapai target aku (maybe tinggi sangat kot target tu), aku suka la dok sini. Ada jugak la orang yang sekepala dengan aku. Kalau tak paham benda-benda yang belajar pun, kitorang sama-sama tak paham. Haha.
Yang paling aku syukur gila, dapat jumpa rumet aku, merangkap kembar yang tak seiras aku kat sini. Nama dia Che Nurjulaikha.
*gambar 2 tahun lepas, masa foundation lagi. ehehe*
Memang dah takdir agaknya, kitorang jumpa masa hari first nak pegi kelas. Yang paling aku ingat, aku kelam-kabut tukar baju kemeja sebab Che kata kena pergi kelas pakai formal. Hahaha. Skema giler masa hari first tu. Sejak tu, Che la yang jadi kawan baik aku kat sini. Kalau makan pun, makan dengan dia aje. Pegi mana-mana pun, asyik berkepit aje. Sampai orang pelik kalau salah sorang takde. Haaa...dahsyatnya penangan kitorang ni...
Lusa sebenarnya birthday Che ni, tu la aku terpikir tiba-tiba, nak buat ucapan kat sini. Ngehehe...birthday aku pun baru je lepas dan Che ni orang yang first bagi hadiah kat aku. Die bagi rak katak. Comel gila!
Apa-apa hal pun, aku bersyukur sebab dapat rumet macam Che. Walaupun aku ni suka sepah-sepah (kadang-kadang aje la), tapi die sabar aje. Ade time yang aku kena nyanyi kuat nak lepas tension, die rilek aje. Hehehe. Sori la rumet ye. Dengan ini, aku nak ucapkan, "Happy Advance Birthday" buat rumetku yang tersayang, Che Nurjulaikha~
Okeh, dah tak mampu nak mengarut dah. Buat kawan-kawan di sini, marilah kita start study. Minggu depan kita ada 4 test ye kawan-kawan. Mungkin sebab tu aku dah mula pening-pening dan melalut kat sini. Dah la weekend ni aku pergi Cyberjaya, sekaligus balik rumah. Kena la start study.
Semoga lepas ni aku akan lebih konsisten untuk mengupdate kat sini. Walaupun sekadar mengarut. Kthanxbai~
zaza nk prank ajak laa. hehehe
masih dalam perancangan..ehehe...nanti aku bitau ;P