Friday, July 23, 2010 by mio
Aktiviti Semalam*dah tambah gambar*

Rasa macam nak buat report pun ade.Huhu.


Salam..hari ini hari Jumaat. Oh, kejap aje masa berlalu. Esok Sabtu, kemudian Ahad. Isnin kelas sudah nak mula. Maka akan bermulalah kehidupan biasa yang sibuk sebagai mahasiswi sepenuh masa. Sekali lagi diingatkan, hari ini hari Jumaat, jadi sesiapa yang rasa dirinya diperintahkan pergi solat Jumaat, sila tunaikan kewajipan anda. Sekadar mengingatkan..:)

Semalam hari Khamis. Boleh dikatakan, seharian tak ada kat bilik. Ada aktiviti sikit.

Pagi-pagi lagi, ada sukaneka committee SRM Gegar di Tasik UTP. Banyak game, sampai lebam kaki gara-gara mengayuh basikal. Itu la, lama sangat tak naik basikal! Seronok dapat berkenalan dengan orang. Walaupun sakit kaki, hampir hilang suara, tapi keseronokan tetap dirasai, tambahan pulak dapat hamper. Seronok!

*edited: ada penambahan gambar untuk menyedapkan cerita, yang dirembat dari FB SRMGegar sebentar tadi*


dengar arahan before buat task


geng "Bisu" masa game "Buta, Betul dan Bisu"


saya geng "Betul" yang kena jerit~

geng "Buta" yang kena construct binaan..seksa..-_-''

peace!! lepas main game kelolaan Idayu^^

sesi membaca jawapan telefon karat bertajuk Katak dan Kodok~[^^;]

Habis aje sukaneka, bergegas balik bilik. Program seterusnya, destinasi: SBPI Gopeng. Gopeng? Ya, itu sekolah lama saya. Tujuan ke sana adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar Form 5 yang akan menduduki SPM tahun ni. Nak kata bermotivasi sangat, tak ada gitu..Cuma menurunkan ilmu yang ada. Turut serta, rakan-rakan I-Gop di UTP, iaitu Azzim, Fitri, Hanis KM dan Khairul Azwan.

Cakap pasal sekolah, I-Gop dah bertukar rupa! Banyak benda baru yang ditambah, especially prasarana. Tak sempat pulak nak ambil gambar walau sekeping. Tidak mengapa. Kalau rajin, sila lawati I-Gop ye..

Malam itu, ada photoshoot. Adeh, kaki mula terasa sakit yang teramat! Banyak sangat berjalan kot. Nasib baik datang awal. Dapat giliran awal. Boleh balik awal. Yess!!!

Katil dah sedia menanti bila sampai di bilik. Oleh kerana kepenatan yang teramat sangat, sampai rasa nak demam, tido pun awal..

Sekian~baju banyak nak kena basuh ni! [^^;]


ni baru tuan punya blog yang amik gambar..tapi x la cun macam pro..setakat guna built-in camera aje..hehehe

 

Comments

7 Responses

  • cikgu zaza!! sejarah tuu...wowowowo~ rest ckup2 naa~ (^_^)

  • huhu~hopefully bleh rehat la sket...tanak sakit lak bile nak bukak sem ni..template dh lama x tukar ni..hehe

  • Gambar! Gambar!

    Profile pic dah egang camera dah..DSLR lg. Tapi gambar SRMGegar sukaneka tu x upload ke sini pn.. :(

  • huhu~bukannye aku yg amik gamba SRMGegar weh..gamba aku pun ade sekeping aje.hehehe.

  • huu..zaza dah maju. woooo..jadi pakar motivasi ea sekarang? sekolah sudah tidak mahu jemput saya..huuuu

  • oh, dah anda berada jauh...nanti balik sini, pegi le sekolah...hehehe

  • Leave a Reply