Monday, July 12, 2010 by mio
Mari Bermain Bola

Salam..*bunyi tajuk yang agak pelik, tapi tidak mengapa. Sila abaikan.*

Nampaknya, berakhir sudah Piala Dunia 2010, dengan Skuad La Roja Sepanyol diangkat menjadi juara, setelah menewaskan Belanda 1 - 0. Jerman pula dapat tempat ketiga selepas meledak gawang Uruguay sebanyak tiga kali. Uruguay juga tidak kurang bisanya kerana berjaya menghasilkan dua gol. Cuma tak bernasib baik aje. Cuba lagi di Brazil ye wahai Jerman dan Uruguay! Kesian pulak kat Forlan dan Klose serta Muller itu.

Niat di hati bukan nak bercerita pasal siapa yang tanduk bola masuk gol, atau siapa paling banyak dapat kad kuning. Perhatian dunia kali ini bukan setakat pada orang-orang berpakaian berwarna-warni mengejar Jabulani di padang Afrika Selatan, tetapi juga kepada golongan yang tidak pernah bermain bola, mahu pun turun ke padang.

SOTONG.

Jangan nak tipu ye, sotong memang tak pernah main bola. Dia yang dijadikan bola ade la...Musim bola kali ini, seekor sotong dari England tapi dah jadi warganegara Jerman, iaitu Paul menjadi tumpuan. Sebabnya? Menurut kata penjaga Paul di Oberhausen, Paul si sotong ini memiliki kuasa psikik, iaitu dapat meramal result perlawanan pasukan Jerman dengan tepat. Sebelum ni, dia pernah tersilap, tapi untuk Piala Dunia kali ini, semua tepat.

ni la Mr Paul dari Germany. Say hello everyone!

Terkenal si sotong ini sebab dapat liputan luas media. Tapi kesian jugak la kan, ramai orang yang berniat nak masak sambal si Paul ni, kerana percaya ramalan Paul itu la menyebabkan pasukan kesayangan dorang kalah. Kesian...dia hidup aman aje, tapi ramai orang berniat nak buat lauk. Kerajaan Sepanyol pun siap nak bagi perlindungan lagi kat Paul, kalau la Jerman dah benci sangat kat sotong tu. So far, penjaga dia masih sayangkan Paul lagi.

Begitulah kisah Paul, si sotong yang berusia dua tahun. Sekali tengok, mungkin kita menganggap ni semua kebetulan. Bila fikir-fikir balik, ni mungkin ilham Allah kepada sotong tersebut untuk menguji keimanan hamba-Nya. Wallahualam...terpulang kepada kita untuk menilai, jangan sampai terlalu taksub sudah la..

Pape hal pun, hopefully sotong bernama Paul itu takkan menjadi lauk-pauk mahupun bebola sotong. Biarlah dia hidup aman ye. Oh, berita terbaru, dia dikhabarkan nak bersara dari aktiviti meramal ni. Dah dapat pun Piala Dunia sebijik dalam akuarium dia.Huhu. Untung sotong itu.

Sekian, salam untuk semua...:)

*bukannya sokong pemain mana-mana negara, tapi suka tengok Paul. haissh. comel pulak sotong tu. *

 

Comments

No Responses

Leave a Reply