Salam...Oh, bukan senang nak dapat connection sekarang ni..Ramai sangat ke orang pakai broadband?? Uh, biar le. Hari ini, sebagai warga Putrajaya yang sejati (ye ke?), nak promote la sikit event yang ada kat sini...
Floria Putrajaya 2010,adalah acara yang tahunan dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya untuk mempamerkan bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan dan landskap yang dihasilkan oleh orang persendirian dan badan-badan kerajaan. Ada jugak gerai-gerai untuk yang nak beli pokok, batik, dan lukisan bertemakan flora. Tahun ni, 10 - 18 Julai adalah tempoh pesta berlangsung, bertempat di Waterfront, Presint 2, Putrajaya. So, bila dah datang, expect to see the area full of plants, flowers and definitely, visitors. Of course! Ada banyak aktiviti yang dianjurkan sempena Floria tahun ni, antaranya Pertandingan Lukisan Cat Air anjuran Malaysian Watercolour Society.
Pagi-pagi lagi, join abah pergi Floria sebab abah nak masuk pertandingan tu. Luas sangat kawasan tu, sampai sesat masa nak pergi tempat urusetia pertandingan. Berpeluh la jugak bila sampai kat situ. Penganjur tak tetapkan nak duduk kat mana pun, ikut suka hati peserta. Nasib baik dapat tempat best, kat bawah pokok. Teduh la sikit..
Tema lukisan kali ni, "Keindahan Tropika dengan mengutamakan bunga Heliconia". Apa itu bunga Heliconia? Untuk keterangan lanjut, sila lihat di sini. Kalau datang ke Floria ni, banyak Heliconia ni sebab tema kali ni adalah bunga Heliconia ni, yang juga dikenali sebagai bunga sepit udang atau bunga pisang. Macam-macam spesis ada dipamerkan. Boleh jugak nak beli kalau berkenan.
Oh, berbalik kepada subjek asal, masa untuk melukis ada 2 jam aje! Kejap sungguh, tapi Alhamdulillah..sempat jugak abah siapkan lukisan tu..kedudukan agak strategik, kat kawasan tumpuan orang ramai, jadi ramai orang tengok, terutamanya kanak-kanak. Sampai bergoyang-goyang easel. Maybe excited kot tengok orang melukis...
Ape-ape pun, keputusan tak keluar lagi..Masa closing ceremony nanti baru dorang umumkan pemenang. Ade rezeki, InsyaAllah menang...AMIN..Sesiapa yang ada dekat-dekat sini tu, pergilah melawat, kalau suka tengok bunga. Kalau yang tak tahan panas tu, bawak la payung. Kalau datang malam, tak payah bawak payung pun takpe. Kalau hujan, masuk dalam khemah bunga. Hehe:D
Sampai di sini dulu. Salam~
*mengada-ngada le image uploader ni...nak upload satu pun tak lepas! haish [-_-"]