Tuesday, July 6, 2010 by mio
Mari Menulis

Salam...wah, lama pulak rasanya tak update! Maklumlah, guna broadband kat rumah aje, bukan ada wireless free sepanjang masa macam kat UTP..Hehe:D Cakap pasal UTP, baru sedar la cuti dah nak abis..plus, nak kene balik awal sikit. Awal seminggu aje pun! Adoi, tapi still sedih sebab cuti mau abis. Huh~

Cakap pasal cuti, cuti kali ni sangat rileks. Terperuk di rumah aje la, selain jalan awal-awal cuti dulu. Paling jauh pun melangkah pegi Alamanda. Ceh, dah boring pulak pegi situ. Tiap kali pegi, memang akan habis pusing satu bangunan tu dalam 2 jam aje. Cuba la bayangkan camne. Memang tak besar, tapi ada la barang-barang yang diperlukan.Antaranya tempat makan macam Pizza Hut yang ada waiter hensem . HEHEHE. Kira okey la tu kan..

kat Pizza Hut. masa ni makan sempena birthday ritu:)

Senarai aktiviti yang telah dilaksanakan semasa cuti ni adalah:
i) menonton drama yang ada.Perggh, skema pulak la rasenye. Selesai aje upacara mengutip drama-drama Korea+Jepun kat orang tertentu, maka mule la explore. Seronok! Hehehe. Tapi ada lagi yang tak abis, dah tak cukup semangat nak habiskan. Biar la dulu..

ii)membuat kraf tangan. Hehe. ni bukan loyar buruk. Nanti dah ade scanner, boleh la tunjuk bukti kraf yang berjaya dihasilkan.

iii) buat kek. kek coklat, kek batik dan jugak cupcakes. Bukan la pakar sangat, main2 aje..Hahaha! Banyak try and error. Rasanya banyak lagi error dari success.

ni cupcakes yang paling berjaya! yess!

iv) shopping+jalan-jalan. favourite activity dan seronok dilakukan bila ada duit. Maka terserlah le gaya shopaholic teragung yang terpendam. Kekeke~ Tapi beli benda yang nak pakai, so tak pe kot.Ye ke? Huhu.Semalam, Pipah Powzi memanggil-manggil untuk keluar..dapat jugak keluar walaupun dah petang. Even kejap aje, tapi seronok. Hehe..:P

Minggu depan dah nak masuk UTP balik, so dah start kemas beg. Tapi dah start selsema pulak. Kena habuk kain masa lipat baju tadi kot. Huhu. Jangan la berterusan sampai next week. Amin..

camni la perasaan~

Okay..till next entry, Salam! Live well everybody! ;)



 

Comments

One Response

  • huu...zaza.hari tu kte g syria masa cuti tp cam malas nk tulis dlam blog sbb gambar2 cun sangat...whahahah...tggu kte balik m'sia lah kte tunjuk k?take care urself & iman.

  • Leave a Reply